WAJAH TERBARU RAJA EMA & RAMLAH RAM YANG BUAT KORANG TERGAMAM, WALAUPUN DAH 50-AN TAPI……

Generasi 80-an dan awal 90-an sudah pasti sangat mengenali nama Raja Ema dan Ramlah Ram. Walaupun zaman kegemilangan sudah meninggalkan mereka, tapi kedua-dua bintang popular ini masih aktif dalam arena seni serta mengusahakan produk sendiri.

Dengan fesyen baju lambang Hati berkelip-kelip, Ramlah Ram mempersembahkan lagu ‘Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu’ dengan begitu mantap hingga menawan hati juri dalam AJL tahun 1988.

Ramlah Ram ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia yang berasal dari Muar, Johor. Dilahirkan pada 19 Februari 1965. Berasal dari Kesang, Muar Johor adalah bintang kelahiran RTM, menerusi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1985. Beliau membuat persembahan memukau menerusi lagu ‘Rindu’ yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang pada malam akhir satu-satunya pertandingan berprestij ketika itu.

Image result for ramlah ram ajl

Antara lagu lagu popular nyanyian beliau yang masih diminati sehingga kini ialah Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Ke Kiri Sepi Ke Kanan Rindu dan lain lain.

Image result for ramlah ram ajl

Pada usia mencecah 50 tahun, penampilan terkini Raja Ema yang sopan berhijab memang nampak manis sangat. Terserlah wajah keibuannya, malah semenjak bertubuh kurus ni, Kekma nampak lagi muda remaja.

Adat berniaga, makin banyak usaha makin banyaklah pulangannya. Dalam perkembangan terbaru Raja Ema, beliau kini sering menyertai pelbagai ekspo di dalam dan luar negara untuk mempromosikan produk-produk seperti Slimm D’Fiber, Slimm D’Maxx, Ou Lala Montoq, The New Age Foundation, RE Perfumes, RE Royal Beauty Bar dan Raja Ema Lip Bar.

Ramlah Ram pun apa kurangnya. Pada usia 53 tahun, penyanyi lagu hit ‘Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu’ dan ‘Selamat Jalan Romeo’ ini nampak tak berubah pun kecantikannya. Tetap kecil molek, tetap peramah dan sweet macam selalu!

Ramlah Ram juga mengeluarkan pewangi jenama sendiri iaitu RVR Perfume by Ramlah Ram. Dengarnya ada dua aroma pilihan yang menusuk kalbu iaitu RVR Revered dan RVR Ravishing. Kedua-duanya adalah uniseks dan mesra solat. Jangan tak tahu, beliau juga rajin turun padang berniaga, malah merata tempat beliau pergi untuk memajukan produk ni.

Raja Ema dan Ramlah Ram pun selalu memenuhi undangan menyanyi, terutamanya yang menyatukan artis-artis popular 80-an. Rindu pula nak tengok persembahan mereka, teringat zaman sekolah-sekolah dulu.

Kegigihan dua wanita ini sememangnya boleh dijadikan inspirasi kepada wanita-wanita seusia mereka. Siapa kata bila berumur, kita kena berhenti kejar impian, berhenti melakukan perkara yang diminati dan berhenti menggembirakan diri sendiri?

Sumber: sweetnutella.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *