10 Gimik Persembahan Finalis Paling Diingati Sepanjang Penganjuran AJL….No. 3 Tu Memang Menjadi Sebutan Sepanjang Zaman!

Anugerah Juara Lagu (AJL) datang lagi. Ketika mula-mula diperkenalkan TV3 pada 1986, persembahan finalis dalam kalangan penghibur ‘otai’ atau ‘senior’ boleh dikatakan biasa-biasa sahaja kerana masing-masing lebih memfokus kepada persembahan vokal.

Namun lama-kelamaan, pentas final AJL menjadi semakin meriah dengan corak persembahan yang lebih kreatif, warna-warni dan penuh gimik.

1. FRANCISCA PETER (1986)

Image result for FRANCISCA PETER (1986)

Hanya mengenakan baju kurung sederhana potongannya, Francisca Peter tetap yakin beraksi dan mencipta sejarah sebagai pemenang pertama AJL dengan lagu Sekadar Di Pinggiran ciptaan Manan Ngah dan Lukhman S. Tindakan Fran itu dipuji kerana sebagai penyanyi bukan Melayu, jiwa ‘kemelayuannya’ terpancar bukan saja pada kefasihan malah juga penampilan di pentas.

2. DATUK SUDIRMAN HJ ARSHAD (1987)

Image result for DATUK SUDIRMAN HJ ARSHAD AJL

Lagu Merisik Khabar ciptaan Manan Ngah dan Habsah Hassan jelas karya yang cukup sinonim dengan Allahyarham Sudirman. Ketika menyanyikannya di final AJL2, Sudirman hanya membuat gimik bermain pemetik api. Difahamkan, pemetik api itu ada cerita tersendiri kerana ia milik bekas isteri Sudirman, Kay.

Sebelum itu Sudir pernah terjumpa satu pemetik api ketika dia dan Kay sama-sama menonton wayang namun tidak lama kemudian ia hilang. Lalu Kay membeli yang baru dan pemetik api itulah yang digunakan dalam persembahan di AJL2.

3. RAMLAH RAM (1988)

Image result for Ramlah Ram AJL

*AJL 3, bukan AJL 30.

Siapa peminat setia Ramlah Ram yang tidak ingat pada baju putihnya yang berlampu itu? Ia rekaan perunding imej terkenal, Norma Norell bagi mewarnakan persembahan Ramlah dalam lagu Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) ciptaan Datuk Ahmad Nawab dan Mama Juwie.

Namun berlaku kesilapan teknikal apabila lampu berbentuk cinta hati itu gagal berfungsi. Pun begitu persembahan Ramlah tetap hebat sehingga meraih trofi AJL bagi Lagu Terbaik dan Persembahan Terbaik.

4. AISHAH (1990)

Related image

Selepas pulang dari New Zealand dan menjadi penyanyi solo, Aishah begitu popular dengan lagu Janji Manismu ciptaan Allahyarham Adam Ahmad yang layak ke final AJL5. Pada malam persembahan, Aishah mencetuskan fenomena baru kerana menjadi artis pertama AJL yang membawa pelbagai prop yang banyak berupa perabot dan bagasi besar selain berdrama. Ramai penonton bersorak apabila Aishah menghempaskan beg besar itu di pentas AJL dan akhirnya Janji Manismu muncul juara.

5. DATUK SITI NURHALIZA (1996)

Image result for DATUK SITI NURHALIZA anuar zain ikat tangan AJL 1996

Datuk Siti Nurhaliza antara artis yang kerap bertanding dalam AJL. Pada 1996 Siti bertanding atas tiket Jerat Percintaan karya Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan, Othman Zainuddin dan Hani MJ. Selain memakai tiara dan berambut ‘fringe’ cangkuk di dahi, Siti turut menggunakan khidmat beberapa model termasuk penyanyi Anuar Zain dan gimik tangan Anuar terikat atau terjerat dengan tali itu kekal ditonton di YouTube hingga kini!

6. DATUK SITI NURHALIZA (1998)

Image result for DATUK SITI NURHALIZA AJL 1998

Sekali lagi Datuk Siti mencipta sejarah apabila pada 1998, bertanding menerusi tiga kategori – balada, pop rock dan etnik kreatif. Namun persembahan paling hebat Siti adalah berzapin dengan sekumpulan kanak-kanak dalam lagu Cindai ciptaan Pak Ngah dan Hairul Anuar Harun sehingga ia diumumkan sebagai juara keseluruhan.

7. FAIZAL TAHIR (2011)

Image result for FAIZAL TAHIR  AJL 2011 air

Sering mara dengan idea pelik dan ‘out of the box’, persembahan Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut pada AJL25 layak diangkat sebagai terbaik, sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000.

Memiliki keberanian luar biasa, Faizal mengambil risiko membahayakan nyawanya apabila beraksi dalam sangkar dan tangki air bersama skrin khas. Dia berjaya membuat gimik ilusi dan kemudian memboloskan diri dalam tangki air itu.

Sekali lagi pada AJL26, Faizal gimik piano terbakar terlihat ketika mengalunkan lagu Karma. Menariknya, pada peringkat awal Faizal dilaporkan cuba ‘membakar dirinya’ di pentas, tetapi dihalang pihak penerbitan atas faktor keselamatan.

8. HAFIZ SUIP (2012)

Image result for HAFIZ SUIP AJL 2012

“HAFIZZ…….” Itulah laungan dramatik penyanyi 1980-an, Herman Tino dalam mewarnai muzik video Awan Nano nyanyian Hafiz Suip. Pada malam AJL26, drama itu seolah-olah sebuah kesinambungan terhadap krisis mereka dalam drama itu. Hafiz muncul dengan imej anak kampung berpakaian lusuh dan berselipar Jepun. Pada akhir nyanyian, ‘dua beranak’ itu berpelukan dan menamatkan episod duka mereka dalam lagu karya Datuk M Nasir dan Budi Hekayat itu.

9. DATIN ALYAH (2012)

Image result for DATIN ALYAH AJL (2012)

Lagu Kisah Hati ciptaan Manusia Putih, dendangan Datin Alyah memang diminati ramai kerana bukan sahaja merdu, tetapi turut menampilkan aktor Remy Ishak sebagai pelakon utama dalam video muziknya.

Pada malam final AJL26, Alyah tampil beraksi persis anak patung di atas sebuah ‘music box’ gergasi manakala Along Cham pula berlakon sebagai badut yang mengetuk ‘music box’ itu.

Kemuncak persembahan di Stadium Putra, Bukit Jalil itu adalah ketika Remy muncul di penghujung lagu dan Alyah terus mendampinginya dalam satu dunia khayalan yang mengasyikkan.

10. INDAH RUHAILA (2015)

Image result for INDAH RUHAILA AJL (2015)

Ramai penonton AJL29 terkejut apabila lampu chandelier yang menjadi props untuk persembahan Indah Ruhaila bagi lagu Percayalah ciptaan Aiman & Mohd Atlas di pentas Stadium Putra, tiba-tiba terhempas ke pentas! Indah bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa insiden itu hanyalah gimik semata-mata dan ia idea pihak produksi TV3 bagi memastikan persembahannya meninggalkan impak.

Jadi, bagi AJL 32 yang lepas, siapakah dan apakah gimik yang korang rasa boleh disenaraikan dalam senarai ini bersama otai-otai AJL yang lain?

Sumber: hmetro.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *